Thursday, June 19, 2014

Wahai SahabatKu......


Diriwayatkan, bahawa :

Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:

"Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Imam Al-Hasan Al-Basri berkata:

"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti."
Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis:

"Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu."

Sahabat-sahabatku. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah. Agar aku dapat bersertamu kelak di syurga dan redha-Nya.

آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah. Aku Memohon kepada-Mu. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak. Oleh itu, carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jalan ke syurga dan jalan-jalan kebaikan.

WAHAI SAHABATKU. JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI JIKA AKU TIADA DI SYURGA...

No comments:

Post a Comment