Thursday, June 12, 2014

Assalamualaikum,

Hari ni aku nk copy paste cerita ustaz yg mengendalikan program cuti sekolah utk anak-anak.....



Dari Ustaz yg kendalikan program hafazan Quran sempena cuti sekolah.

Harapnya adik2 kita semua dah bangun bersiap sedia untuk hari ketiga program TSI.

Jika kita lambat bangun pagi, kita akan terlepas 1 peluang untuk menyedut oksigen kelas pertama yg hanya ada ketika 3am-6am. Atau sebelum subuh.

Orang berjaya adalah orang yg sihat. Orang yg segar. Orang yang bertenaga. Teruja. Seronok. Enjoy dalam setiap apa yg dia lakukan.

Orang yg berjaya ialah orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Nak lihat kejayaan akhirat kita, adik2... lihatlah solat subuh kita.

Bagus solat subuh kita, baguslah semua solat kita yg lain.

Paling power, solat sunat tahajjud dan dhuha. Mulut kita akan jadi masin, orang suka dengar cakap kita, Allah redha dgn kita, rezeki kita melimpah ruah, otak pickup, senang belajar, belajar 1 faham 10. Ialah melalui solat TAHAJJUD N DHUHA.

Nak konsisten 2 jenis solat sunat ni, mestilah dengan latihan.

Kalau tak latih hati ni, masakan akan menjadi rutin kita sehatian.

Jika adik2 sayangkan mak ayah, jom kita balas jasa mereka dengan mempraktikan ciri2 orang berjaya.

BERJAYA DUNIA & AKHIRAT.

Orang yang LAJU untuk berjaya, ialah orang yang ADA ENERGY.

Renung2kanlah selamat beramal.

No comments:

Post a Comment